CANTASAN
GETAH
Cantasan ialah aktiviti pembuangan
cabang atau dahan yang tumbuh liar dan menyebabkan pertumbuhan kanopi yang
tidak seimbang seterusnya akan menjejaskan tumbesaran pokok.
Cantasan terbahagi kepada dua iaitu
cantasan pembetulan dan cantasan terkawal. Kedua-dua cantasan ini dilakukan
mengikut umur dan pertumbuhan dahan pada peringkat muda.
Objektif atau Tujuan Cantasan
Ø Untuk
memperbaiki bentuk dan kestabilan jemala pokok
Ø Untuk
mengelakkan kerosakan angin disebabkan oleh jemala yang berat
Ø Menjamin
ketinggian batang yang cukup untuk ditoreh
Teknik mencantas
Apabila sesuatu kerja cantasan
dilakukan, pekerja akan dibahagikan dalam kumpulan dan satu kumpulan terdiri
dari sekurang-kurangnya enam orang pekerja. Sebelum kerja mencantas
dilakukan, seorang pekerja akan menanda dahan yang perlu dicantas dengan
menggunakan cat penanda. Tiga orang pekerja akan mencantas dahan yang telah
ditanda dengan menggunakan gergaji pangkas. Manakala, seorang pekerja akan
membersihkan dahan yang telah dicantas dan disusun dilorong tanaman. Kemudian,
seorang pekerja akan menyapu bahan pembalut luka iaitu “Shell Tree Dressing”
pada bekas cantasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan