Selasa, 2 Julai 2013

Amalan Pertanian Baik (APB)

Amalan Pertanian Baik (ABP)
Amalan Pertanian Baik adalah satu cara mengurus ladang pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan ) yang berasaskan prinsip dan piawaian minimum amalan mengurus dan mengendali ladang pertanian yang perlu disediakan dan diamalkan oleh pengusaha. Penerapan amalan ini bermula dari peringkat perancangan dan pembangunan ladang, pengurusan sumber dan pemasaran hasil pertanian.

Objektif
  • Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha di Malaysia tentang kepentingan Amalan Pertanian Baik (APB) atau Good Agriculture Practises (GAP) dalam menghasilkan hasil pertanian yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan dan memenuhi ciri-ciri keselamatan serta piawai antarabangsa dan pada masa yang sama tidak menjejaskan alam sekitar.

  • Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha bahawa kualiti hasil yang baik akan meningkatkan dayasaing produk-produk bagi mendapatkan pasaran yang lebih baik dan meluas.

  • Memberi kesedaran dan pengetahuan pengusaha tentang cara-cara penggunaan racun perosak, baja kimia dan ubat-ubatan yang betul.

  • Memberi pengetahuan, kesedaran, kemahiran dan pengiktirafan kepada pengusaha ladang pertanian yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik melalui program pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).

Garis panduan amalan ini membolehkan ladang yang diuruskan lebih sistematik dan cekap sehingga satu piawaian kualiti dicapai. Ladang yang menerapkan amalan ini akan menentukan produktiviti ladang dioptimumkan, hasil ladang berkualiti dan selamat, kebajikan pekerja terpelihara dan kesejahteraan alam sekitar terjaga. Amalan Pertanian Baik penting diterapkan kepada pengusaha-pengusaha pertanian agar hasil yang dikeluarkan dari ladang diterima oleh pengguna samada tempatan mahupun antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan