Rabu, 3 Julai 2013

Cantasan



CANTASAN GETAH
       Cantasan ialah aktiviti pembuangan cabang atau dahan yang tumbuh liar dan menyebabkan pertumbuhan kanopi yang tidak seimbang seterusnya akan menjejaskan tumbesaran pokok.
       Cantasan terbahagi kepada dua iaitu cantasan pembetulan dan cantasan terkawal. Kedua-dua cantasan ini dilakukan mengikut umur dan pertumbuhan dahan pada peringkat muda.

Objektif atau Tujuan Cantasan
Ø  Untuk memperbaiki bentuk dan kestabilan jemala pokok
Ø  Untuk mengelakkan kerosakan angin disebabkan oleh jemala yang berat
Ø  Menjamin ketinggian batang yang cukup untuk ditoreh

Teknik mencantas


       Apabila sesuatu kerja cantasan dilakukan, pekerja akan dibahagikan dalam kumpulan dan satu kumpulan terdiri dari sekurang-kurangnya enam orang pekerja. Sebelum kerja mencantas dilakukan, seorang pekerja akan menanda dahan yang perlu dicantas dengan menggunakan cat penanda. Tiga orang pekerja akan mencantas dahan yang telah ditanda dengan menggunakan gergaji pangkas. Manakala, seorang pekerja akan membersihkan dahan yang telah dicantas dan disusun dilorong tanaman. Kemudian, seorang pekerja akan menyapu bahan pembalut luka iaitu “Shell Tree Dressing” pada bekas cantasan.

 

Cantuman Tunas Hijau

CANTUMAN TUNAS HIJAU BAGI POKOK GETAH

Definisi Cantuman

Mencantum adalah satu teknik menyelitkan tempek tunas pada batang pokok penanti kemudian dibalut menggunakan pita politena jernih. Tujuan mencantum adalah untuk mendapatkan benih pokok cantuman mengikut klon yang dikehendaki.

    Cantuman tunas hijau
•        Pokok penanti berumur di antara 5-8 bulan
•        Saiz batang pokok mencapai 1.25 sm garis pusat.
•        Mata tunas yang di gunakan berumur lebih 5-6 minggu dan dari klon yang terpilih.

Keperluan Dan Peralatan Mencantum
•        Pisau cantum
•        Pita politena lutsinar
•        Gunting dahan
•        Pokok penanti
•        Ranting mata tunas



Teknik Mencantum :

     









Buatkan tapak cantuman berukuran 2 inci, iaitu 1 inci dari paras tanah. Koyak atau tarikkan sedikit sahaja dahulu tapak cantuman untuk persediaan.










Sediakan kepingan mata tunas yang sama ukuran dengan tapak.

 








Buka tapak, seterusnya selitkan mata tunas (arah ke atas). 












Tinggalkan sebahagian lidah kulit sahaja dan balut kemas-kemas dengan plastik politena.

 









Periksa pada hari ke 14, sama ada cantuman berjaya atau tidak. Jika masih hijau menunjukkan cantuman itu berjaya. Jika kering dan berwarna kehitaman bermakna cantuman tidak berjaya. Selepas 21 hari cantuman berjaya, kerat serong bahagian pucuk batang pokok penanti. Pindah ke ladang selepas 3 bulan.

Selasa, 2 Julai 2013

Amalan Pertanian Baik (APB)

Amalan Pertanian Baik (ABP)
Amalan Pertanian Baik adalah satu cara mengurus ladang pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan ) yang berasaskan prinsip dan piawaian minimum amalan mengurus dan mengendali ladang pertanian yang perlu disediakan dan diamalkan oleh pengusaha. Penerapan amalan ini bermula dari peringkat perancangan dan pembangunan ladang, pengurusan sumber dan pemasaran hasil pertanian.

Objektif
  • Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha di Malaysia tentang kepentingan Amalan Pertanian Baik (APB) atau Good Agriculture Practises (GAP) dalam menghasilkan hasil pertanian yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan dan memenuhi ciri-ciri keselamatan serta piawai antarabangsa dan pada masa yang sama tidak menjejaskan alam sekitar.

  • Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha bahawa kualiti hasil yang baik akan meningkatkan dayasaing produk-produk bagi mendapatkan pasaran yang lebih baik dan meluas.

  • Memberi kesedaran dan pengetahuan pengusaha tentang cara-cara penggunaan racun perosak, baja kimia dan ubat-ubatan yang betul.

  • Memberi pengetahuan, kesedaran, kemahiran dan pengiktirafan kepada pengusaha ladang pertanian yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik melalui program pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).

Garis panduan amalan ini membolehkan ladang yang diuruskan lebih sistematik dan cekap sehingga satu piawaian kualiti dicapai. Ladang yang menerapkan amalan ini akan menentukan produktiviti ladang dioptimumkan, hasil ladang berkualiti dan selamat, kebajikan pekerja terpelihara dan kesejahteraan alam sekitar terjaga. Amalan Pertanian Baik penting diterapkan kepada pengusaha-pengusaha pertanian agar hasil yang dikeluarkan dari ladang diterima oleh pengguna samada tempatan mahupun antarabangsa.